Jangan selumbar tertusuk jari Kalau memetik bunga rebutan Jangan selumbar tertusuk jari Kalau memetik bunga rebutan Takut nanti berkhabar kisah duka di hati Tidaklah bunga mahu di jambangan Takut nanti berkhabar kisah duka di hati Tidaklah bunga mahu di jambangan ♪ Apalah guna bermadah sayang Kalaulah cuma dijeling saja Baik disua kepada yang sayang Dari menanti bulanlah ke riba Kalau nak berkasihan, jangan salah pilihan Baik cari pasangan yang sepadan Walau hati berkenan belum tentu pilihan Bagai sepadan bajulah di badan ♪ Jangan diidam merak kayangan Kalau bersarang jerami padi Jangan diidam merak kayangan Kalau bersarang jerami padi Bimbang ulang-berulang, kasih rindu-rinduan Cinta diberi orang tak sudi Bimbang ulang-berulang, kasih rindu rinduan Cinta diberi orang tak sudi ♪ Hilanglah madah selokalah rindu Sayup terdengar gurindam terluka Pedih terasa menusuk di kalbu Salah berkenan, jiwa kan merana Kalau nak berkasihan, jangan salah pilihan Baik cari pasangan yang sepadan Walau hati berkenan belum tentu pilihan Bagai sepadan bajulah di badan Kalau nak berkasihan, jangan salah pilihan Baik cari pasangan yang sepadan Walau hati berkenan belum tentu pilihan Bagai sepadan bajulah di badan