Buka mata, mogaku cepat tesedar dari mimpi Ini realiti hidup, bukan macam dalam drama bersiri Sehelai baju lusuh aku sarung, di medan dunia aku bertarung Moga kekalku berdiri di negeri ngeri Nak, ingat pesan ayah, hidup ini sementara Tapi kesementaraan ini akan banyak buat kau sengsara Jadi kau perlu kuat hidup bak roda bumi ini bulat Yang di atas tak selamanya kan di atas, tak kekal punggungnya dialas Jangan kau menyerah kalah selagi bernafas Nak, ku ingatkan, dunia ni kejam tiada toleransi Nak, dan ingatlah, politik tu tipu penuh konspirasi Banyak tabur janji, tapi semuanya dusta Hati-hati dengan manusia, mereka itu sering bermuka dua Hanya diri sendiri yang kau boleh percaya Banyak orang mahu senang, hingga harga diri mereka hilang Kerana harta dan pangkat dijulang Hingga sanggup saudara dibuang Oh tuhan tolong turunkanlah, segala bala pada mereka Lindungilahku dan keluargaku Di dalam kasih dalam rahmatmu Oh tuhan tolong turunkanlah, segala bala pada mereka Lindungilahku dan keluargaku Di dalam kasih dalam rahmatmu Nak, ingat pesan ayah, tolong jaga diri sendiri Jika kamu buka mata nanti, ayah tiada lagi disisi Nak, jaga ibumu, titipkan doa dalam tidurmu Semoga esok kita bertemu, di tempat indah ciptaan yang satu