Kishore Kumar Hits

Amy Mastura - Pintu Harapan lyrics

Artist: Amy Mastura

album: Pujaan Ku


Uuh-uuh-uuh
Oh-oh, oh-oh, oh
Di dalam diamnya waktu
Kau hadir menyapa diri
Persisnya ada sesuatu
Tiadaku pasti
Selama ini
Kuntum puisi
Yang tertulis buatmu
Masih tersimpan di sanubari
Masih bersemi, ha-aa
Semoga pintu harapan
Kan terbuka tanpa sempadan
Kerana sejak kau pergi
Aku masih sendiri
Begitu lama
Engkau menghilang
Tanpa sekilas bayang
Dan kini menjelma
Dengan lembutnya tutur kata
Seandai benar katamu
Kembali bersama di jalan syahdu
Sehingga ke titik akhir
Kuharap kau jangan tersalah mentafsir
Usah lagi dikau keliru
Segala kesilapan dulu
Oh, maafkan diri ini
Yang membuat kau pergi
Begitu lama
Engkau menghilang
Tanpa sekilas bayang
Dan kini menjelma
Dengan lembutnya tutur kata, oh
Seandai benar katamu
Kembali bersama di jalan syahdu
Sehingga ke titik akhir
Kuharap kau jangan tersalah mentafsir
Sehingga akhirnya
Menuju jalan bahagia
Dengan seikhlas akal dan jiwa
Kita mendaki ke puncak yang nyata, oh

Begitu lama
Engkau menghilang
Tanpa sekilas bayang
Dan kini menjelma
Dengan lembutnya tutur kata, oh
Seandai benar katamu
Kembali bersama di jalan syahdu
Sehingga ke titik akhir
Kuharap kau jangan tersalah mentafsir

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists