Dayang nurfaizah (ajai / syed env) Seandainya masih ada cinta Usah kau berpura Di sebalik kata Kerana ku tahu siapa diriku Tak perlu merayu Dengan pujukanmu Biarkanlah saja semuanya pergi Cukuplah sekali Kau menghiris hati Menghancurkan kasih Yang telah lama terbina Seandainya masih Ada cinta lagi Lupakan oh sayang Hasrat dan perasaanmu (Korus 1) Rindu nan membara Nyala dan membelai jiwa Tiada berteman Sepinya berpanjangan (Korus 2) Resah dan gelora Jadi sahabat derita Berakhirlah sandiwara Kisah dusta dan dilema Pintaku semoga kau sedar Kesilapanmu Kini hanya duka Bersulamkan pasrah Titis airmata Tak lagi bererti Namun di hatiku Terukir namamu Menjadi memori Kekalnya abadi (Ulang korus1 & korus2)