Sirih dijunjung sirih pinang Keris disarung bertanjak songsang Adat dijunjung pusaka dikenang Yang benar telah datang Yang batil telah lenyap Yang indah hanya bahasa Yang baik hanya budi Pusaka kita maruah kita Hey Siap siaga telah tiba waktunya Dihunus kemas biar pada paksinya Berpantang maut bila tiba ajalnya Susun diatur orak terus langkahnya Andai dicari teman yang lama Usah diikut jiwa yang membara Kita beradab teras berukun lima Tiada terbuai dunia yang lara Disisip rapi sempurna disarung Luk ditempa jiwanya beradun Datang berajat ingin berkunjung Dijamu tajam simata beralun Berbudi sudah disambut bahasa Memberi sudah ia merasa Maruah dijaga manapun dibawa Pusaka ini terus bernyawa Sirih dijunjung sirih pinang Keris disarung bertanjak songsang Adat dijunjung pusaka dikenang Silam tidak lagi nampak terang Nyalakan pelita malam ini kemenyan keudara Berani mengambil langkah masuk gelanggang Mengelak menepis bila diserang Mahupun ramai ataupun sorang Dihadapinya dengan tenang Budaya dibela dijaga rapi Adat istiadat menjadi saksi Ikhtibar pendekar telah diselami Arang ditiup menjadi api Yang benar telah datang Yang batil telah lenyap Yang indah hanya bahasa Yang baik hanya budi Yang benar telah datang Yang batil telah lenyap Yang indah hanya bahasa Yang baik hanya budi Sirih dijunjung sirih pinang Keris disarung bertanjak songsang Adat dijunjung pusaka dikenang Yang benar telah datang Yang batil telah lenyap Yang indah hanya bahasa Yang baik hanya budi Pusaka kita maruah kita Bismillah mula dikata Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia Kerana wajib telah ternyata Segala perbuatan maulah diserta Seni Gayong seni pusaka Bekalan air raja tersakti Keris dihunus dilangkah di mula Mengenangkan segala sejarah Melayu tergila ini