Inikah dia yang kuimpikan Dalam lambaian firdausi Kali ini kuharapkan Bukan fatamorgana lagi Jiwa lama bersengketa Sedang hakikatnya kita sama-sama redha Hati hamba dah sedia Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi Sepertimu aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku Dalam seribu kekalutan, kucinta Dalam sejuta resah, kucinta jua Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta Dalam rasa paling rendah, kuangkat cinta Rinduku bukanlah murahan Jika mahu dianggapkan mainan Kau tanya bilangan namamu kusebut Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus Cintaku yang kumaksudkan Seperti buih-buih dimilik lautan Seperti nafas yang meresapi badan Seperti kenangan yang tak pernah luput Selamanya ♪ Dalam seribu kekalutan, kucinta Dalam sejuta resah, kucinta jua Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta Dalam rasa paling rendah, kuangkat cinta Rinduku (rinduku) bukanlah murahan Jika mahu dianggapkan mainan Kau tanya bilangan namamu kusebut Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus Cintaku (cintaku) yang kumaksudkan Seperti buih-buih dimilik lautan Seperti nafas yang meresapi badan Seperti kenangan yang tak pernah luput Selamanya (selama-lamanya) Selamanya (selama-lamanya) Selamanya