Inilah lagu kau pinta dulu, balada seorang teman Yang berbekal dengan satu tekad, mencari jalan pulang Kisah gejolak jiwa dan badan, tersirat dan suratan Cuba menghapuskan kesakitan, merintih, meraung pinta keadilan Atas nama sebuah cinta maknawi Lagu nama perjalanan sepi Bahu kanan dan kirinya, adalah teman akrab Memikul beban asmara birahi, tiada kehabisannya Tubuh manusia ini kekadang lupa dia manusia Sebutir pasir sebuah pantai, batu-bata dari sebuah kota Cerminlah, cerminkanlah kejadian ini Di dalam sebuah panggung sandiwara rasa Hey musuh! Berikan namamu sebenar Ayuh tunjukkanlah wajahmu Ayuh bentangkanlah permainanmu Hey hidup! Kau humbankan ku di penjara ini Apakah bentuk emansipasiku merupakan sebuah pusara Tak cukup kau hempapkan beban kenikmatan ini padaku Sedang kau tahu tahap mana ketahananku Itulah yang kau mahu dari jiwa ini Apalah pasir yang menjadi kaca Kaca menjadi cangkir Apalah tangan yang membentuk cangkir Apalah mulut yang meminum air Aku nantikan hujan mawar Tak ingin lagi kehilangan Turunlah hujan mawar Basahkan bumi sahara ku Biarku bermandi Seribu warna pelangi Biarku hapus rindu Dalam pelukan cita maknawi Inilah lagu kau pinta dulu, balada seorang teman Yang berbekal dengan satu tekad, mencari jalan pulang Kisah gejolak jiwa dan badan, tersirat dan suratan Cuba menghapuskan kesakitan Meraung, meminta suaranya Kedengaran Oh. kau rindu Apalah pengujungmu.