Salam bertaut di anjung hari Madah dan pantun adat meneman Malam disambut merenung diri Langkah tersusun buat pedoman Malam disambut merenung diri Langkah tersusun buat pedoman (Walau di mana bumi kan dipijak) (Tetap di situ langit kan dijunjung) ♪ Secangkir susu belum dipinta Sudah sedia di atas dulang Fikir dahulu sebelum kata Lidah berbisa bukan kepalang Fikir dahulu sebelum kata Lidah berbisa bukan kepalang (Walau di mana bumi kan dipijak) (Tetap di situ langit kan dijunjung) ♪ Perawan kampung petik cempaka Di petang redup lalu berseri Jangan dicanggung adat pusaka Sepanjang hidup malu sendiri Jangan dicanggung adat pusaka Sepanjang hidup malu sendiri (Walau di mana bumi kan dipijak) (Tetap di situ langit kan dijunjung) ♪ Mana kemudi patah dikerat Berapa luas biduk kelana Binasa budi padah melarat Kerana emas sanggup dihina Binasa budi padah melarat Kerana emas sanggup dihina (Walau di mana bumi kan dipijak) (Tetap di situ langit kan dijunjung)