Lihatlah panorama dunia Wanita bagaikan hilang rasa malunya Maruah yang menjadi maharnya Tergadai sia bagai tiada berharga Di manakah budinya di manakah akhlaknya Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya Santun tiada lagi nafsu memimpin hati Kehormatan diri tidak dipeduli C/o Oh wanita kembali menginsafi Kepada asal fitrah kejadianmu Diciptakan untuk dihormati Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta Kembali kepadanya juga pada Rasulnya Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya Wanita... Kembalilah ke arah kemuliaan Contohi peribadi Ummul Mukminin Rasulullah dijadikan suami Tertawan kerna keluhuran pekerti Bukan kerana harta bukan kerana nama Tapi kerana budi yang disanjungi Kembalilah... Wanita perhiasan dunia Bagai kilau permata di antara kaca Sayangnya makin pudar cahaya Hingga tiada lagi beza di antaranya