Haji mengingatkan kita sejarah Pengorbanan Pengorbanan yang ikhlas, agung lagi suci Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu Siti Hajar kerana Allah, taatkan suami tinggal sendiri Tinggal di Tanah Haram, suami datang setahun sekali Di tanah kering kontang, hanya tawakal kepada Ilahi Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi Air susunya telah pun kering sama sekali Siti Hajar mencari air ke hujung ke pangkal berlari-lari Dari Safa ke Marwah beberapa kali Aduh, hatinya cemas anak kecilnya tiada rezeki Tapi hatinya teguh kepada Allah, yakin sekali Di dalam mencari-cari, terpancar air dari bumi Berkat dari tendangan kaki anaknya bakal nabi Dia pun mengumpul air sambil bersyukur Dengan menyebut, zam-zam, zam-zam Itulah dia air zam-zam yang kekal hingga ke hari ini Mukjizat seorang nabi berkat isterinya Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini Cintakan Allah menegakkan agamanya, wajib berkorban Taat, sabar dan tawakal jadikan pakaian Cintakan Allah pengorbananlah sebagai bukti