Dirimu terlalu sempurna Akhlakmu yang sungguh mulia Jasamu yang amat berharga Menerangi jalan (ke) Syurga Selalu aku yang terlupa Selawat jarang terlaksana Di bibir mengatakan cinta Di hati pula berdusta Bila diuji dan dipujuk nafsu Ku meminjam cekal ketabahanmu Kerana ku yakin di suatu waktu Syafaatmu yang dapat membantuku Tika berenang di laut derita Sang mentari sejengkal di kepala Saat dihitung dosa dan pahala Siapakah yang akan membela Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya Menghadiahkanku seorang Insan sempurna berjasa Selayaknya engkau dikasihi dicinta Kerana dirimu ya Rasul Kekasih teristimewa