Kishore Kumar Hits

Belantara Vice - Dah Dah lyrics

Artist: Belantara Vice

album: Distorsia


Tenangkan fikiran barulah berulah
Menulis pesanan
Sudah sampai penghujung
Sudah tiada pengunjung, ya-ya
Yang tumpas melawan bertahan
Yang lelap terjaga
Sedarkanlah aku
Sudah-sudah mengacu
Ah, ya
Ada disini
Yang mana nak lari
Yang banyak perhati
Mungkin ramai perihatin
Mungkin tak jalin
Dua kosong satu lapan
Ibu pergi tiada teman
Muzik aku ecstasy dalam minda tagihan
Selami jiwa harapan, harap serakan
Aku obses jiwa kosong
Visi aku ruang kosong
Kain putih salut tubuh
Moga aku terus sembuh
Hujung nadi ada maut
Yang berpaut sahut
Yang berombak laut
Yang berbisik hasut
Yang merasuk iblis
Lapisan dunia nipis
Gerakkan aku yang lena
Sudah senja masih tak terjaga
Seperti hari yang sebelum sedar dalam rumpun bonda
Pinta ku pinta
Jauh dari nikmat terlampau
Buta aku yang seriau
Ditelan bumi hilangnya sepulau
Yang di pulau mungkin masa lampau
Tenangkan fikiran barulah berulah
Menulis pesanan
Sudah sampai penghujung
Sudah tiada pengunjung, ya-ya
Yang tumpas melawan bertahan
Yang lelap terjaga
Sedarkanlah aku
Sudah-sudah mengacu
Pandangan yang gelap, masih lagi meraba
Kenapa siang malap?
Entah berapa kali genap, jejak perlu berakhir
Andai boleh tukar silap
Pekak dari soalan jawapanku bisu, dipersoalkan
Kuburkan jiwa, bertempiaran kenangan
Mansuhkan bisa, berkeliaran penangan
Tubuhku meronta lesu
Minta undur balik walau dah berbatu
Tabur pesan kesal walau dah begitu
Fikiran di situ walau minda maju
Jangkaan aku yang 100% salah
Beratnya melangkah rebah
Sekarang berlagu meluah kerna tiada
Mana yang tak senasib mungkin anggap ini buang masa
Kaut iktibar yang hidup berkibar, hamba ikut angin berarah
Tak sedar ingkar
Realiti mungkin perit tu yang benar
Dalam sangkar mahu bakar
Agak suka bila ramai pakar cuba langgar
Kadang mungkin aku fed up
But gua gotta step up
I won't need back up
Gonna fight back even actualy wack at it
Lex sikit, jatuh perlu bangun terus stand up
Wake up banyak devil in this game
Dunia jadi maya macam Hall Of Fame
More to Hall Of Shame, I'ma change the lane
Now I'm on the plane, meditasi brain nah
Tenangkan fikiran barulah berulah
Menulis pesanan
Sudah sampai penghujung
Sudah tiada pengunjung, ya-ya
Yang tumpas melawan bertahan
Yang lelap terjaga
Sedarkanlah aku
Sudah-sudah mengacu

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists