Di manakah dapatku temui Ketenangan hidup ini yang abadi Kesucian setulus hati Terus kekal, bersemadi Beginilah nasib diriku ini Kemiskinan jadi mangsa Keluhuran budi dan jiwa Bagai kaca bersinar Akan kucuba buktikan kepadamu Bahawa cintaku selembut bayu Walaupun ada penghinaan Tetapi Tuhan itu penyayang Di serambi hidupku yang terlara Tak ada yang peduli Melawat resah di alam fanaku Melainkan Tuhan Kini semuanya berubah Setelah kuasa Yang Esa Menyuluhkan cahaya kefanaan hidupku Untuk bangun ke arcamu Di serambi hidupku yang terlara Sudah ada cahaya Teratak kasih semakin gemersik Bagai di syurga