Kishore Kumar Hits

Eabidak - Pentas Ilusi - Remix lyrics

Artist: Eabidak

album: Pentas Ilusi (Remix)


Berduka dahulu itu ku diperli
Jerat nya ditarik untuk ku kembali
Kehidupan yang tak ingin ku hayati
Adakah aku perlu terima lagi
Dalam ketenangan aku menangis, aku tak mahu dilihat
Biarkan duka buat hati terguris, aku dah tak mahu ingat
Ku tak berminat, hati dicemari dunia, lupa aku akan kurnia
Apa guna hidup selamanya andai hati ini firaun mumia
Duka aku lain alam, biarkan ia bersunyi
Akal aku lain salam, tangisannya dalam rumi
Tika minda bermimpi, khayalan derita terasa nyata
Kira ku demi hari, tapi mereka tetap pandang ku buta
Berduka dahulu itu ku diperli
Jerat nya ditarik untuk ku kembali
Kehidupan yang tak ingin ku hayati
Adakah aku perlu terima lagi
Watak lakonan, aktor, ku dilakonkan harus
Watak peranan, faktor, lemas ku dalam arus
Tidak suka ku berkata bohong, suara ku dari sangkarnya gusi
Tapi tanpa palsu aku kosong, dijurikan di pentas ilusi
Dalam, ingatan aku katakan, hidup bukan bidang aku
Pabila ku dilukakan, hati bak ditikam paku
Senyum itu hanyalah ilusi, yang ramai yakin ku tak peduli
Tapi sakitnya bertubi-tubi, pabila hati aku dibuli
Tangisan aku jujur sebab aku lelaki sejati yang patuh
Mereka hina tika duka aku dan anggap jujur kata ku angkuh
Maka hati ku pun ambruk, apakah yang engkau tahu?
Lihatlah aku jatuh, hati runtuh itukah yang kau mahu?
Berduka dahulu itu ku diperli
Jerat nya ditarik untuk ku kembali
Kehidupan yang tak ingin ku hayati
Adakah aku perlu terima lagi

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists