Kishore Kumar Hits

Eabidak - Dengarkan Ketika Sedih IV lyrics

Artist: Eabidak

album: Sendu


Ianya lukakan aku, lihat ramai menangis,
Ketawa dan senyum palsu walaupun hatinya dihiris,
Dengan wajah indah manis, hatinya secebis,
Putus asa sudah, bunuh diri nyaris,
Aku tahu mereka sedang rasa kosong,
Ku rasa tak berguna sebab tak mampu nak tolong,
Apa yang boleh ku dorong,
Sedang diri ku sendiri dalam dunia kegelapan punya lorong,
Aku gembira, itu bohong, aku nak mati, masih bohong,
Ku tahu yang kau mahu hanya masalah kosong,
Tapi hati stress berkampung hingga hidup kau itu kau tak nak sambung,
Jangan begitu rasa itu aku tahu,
Peluklah aku, tak pernah jumpa tapi rindu,
Dirimu bernilai, jangan bagi orang nilai,
Selalulah berdoa sebab itulah perisai,
Jangan menangis, lawanlah ya engkau mampu,
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu,
Jangan menangis, dengarlah tika kau perlu,
Aku ada untuk kamu,
Jangan menangis, lawanlah ya engkau mampu,
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu,
Jangan menangis, dengarlah tika kau perlu,
Aku ada untuk kamu,
Kepada mereka yang tak mengerti, hanya menghina,
Golongan yang perang dengan hati, diragut jiwa,
Hanya tahu kata yang depresi tak beriman,
Sedangkan malam, mereka menangis pada Tuhan,
Oh Tuhan, tunjukkan aku jalan,
Ku tahu engkau sayang jadi kau bagi ujian,
Ku tahu engkau rindu sebab mahu perhatian,
Dari hambamu, yang lemah berbekal iman,
Jangan pandang masa lampau, pandang masa depan,
Dulu kau melampau tapi itu hanya acuan,
Tak perlu jadi malaikat, engkau manusia,
Orang yang baik juga buat benda yang sia-sia,
Ada bayang itu tanda adanya cahaya,
Jadi percaya, lawan walaupun bahaya,
Tak berdaya bukan alasan untuk tak berjaya,
Dengarlah nasihat ku walau kau dianggap beria,
Jangan menangis, lawanlah ya engkau mampu,
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu,
Jangan menangis, dengarlah tika kau perlu,
Aku ada untuk kamu,
Jangan menangis, lawanlah ya engkau mampu,
Engkaulah cahaya tidak perlu mencari lampu,
Jangan menangis, dengarlah tika kau perlu,
Aku ada untuk kamu,
Sudah verse yang akhir, tak perlulah fikir,
Rapatkanlah bibir dan rambutmu engkau sisir,
Senyumanmu cantik, kekalkan di bibir,
Jika tak mampu mari sini aku kan ukir,
Berapa banyak air mata yang harus kau bazir?
Bunuh diri dan neraka itu sangat hampir,
Jika perlu apa-apa aku akan tampil,
Muntahkan dukamu dan bakinya ku kan ambil,
Jika perlu, aku ada, dia ada, kami ada,
Dari yang miskin hingga yang berada,
Ceritakan sudut hatimu yang hitam, biarkannya hilang,
Hatimu itu bukan lagi kilang,
Sudah ku bilang, tak perlu jadi permata,
Jika mahu dicinta tak perlu harta berjuta,
Dan ini fakta sebab ku tak pandai tipu,
Dengarkan ini lagu tika sedih atau sendu,

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists