Terkadang rasa hati mahu terbang tinggi,
Rasa tak nak mati tapi tak nak hidup lagi,
Berapa kali, nafas tapi benci setiap hembus,
Berapa kali peluru jantung aku sudah tembus?
Aku mengerti jika ramai tak mengerti,
Mengerti jika depresi tak ramai tahu erti,
Mengerti yang mereka tak tahu hidupku seperti,
Menangis itu jangan senyum palsu itu mesti,
Ada kawan tapi masih rasa sunyi,
Mana bunyi, hilang atau sembunyi?
Jika langit tu luas manakah bumi?
Ramai fasih dengki tapi tidak fasih rumi,
Kerna bila ku nyatakan ku terluka,
Mereka menghakimku macam Tuhan sedang murka,
Ramai buat dosa tapi ku punya ditayang,
Bila ku hilang, tiada cari ku punya bayang,
(Hook)
Biarkan ku menghilang,
Dalam titisannya hujan,
Kerna kadang ku rindui,
Biarkan ku sembunyi,
Dari dunia fana ini,
Kerna kadang ku takuti,
Bukan tidak redha cuma kadang rasa penat,
Serang aku dengan kata kesat rasa berat,
Mungkin rendahkan ku buat mereka rasa hebat,
Mereka cuma tuah mungkin hanya aku jebat,
Ku buat benda betul, tiada siapa lihat,
Tapi bila tersalah mereka pandang ku jahat,
Aku terima nasihat jika tidak hina aku,
Ku karang isi hati tidak merdu dalam lagu,
Kadang aku rasa takut, rasa kasihan,
Dengan mereka yang kata faham "ni bukan pilihan",
Ku tahu mereka ini punya hati berserpihan,
Yang faham orang lain punya ujian kesedihan,
Mungkin ku patut hilang mungkin juga kau perlu,
Lupakan dunia kejap cipta cerita baru,
Mungkin main dam pegang dagu dan baling dadu,
Mungkin duduk studio sorang sambil karang lagu,
(Hook)
Biarkan ku menghilang,
Dalam titisannya hujan,
Kerna kadang ku rindui,
Biarkan ku sembunyi,
Dari dunia fana ini,
Kerna kadang ku takuti,
Поcмотреть все песни артиста