Kishore Kumar Hits

Eabidak - Dengarkan Ketika Sedih - Demo lyrics

Artist: Eabidak

album: Dengarkan Ketika Sedih (Demo)


Dengarkan ketika engkau berasa sedih atau tika hati
Dihiris dan rasa pedih
Sudah letih, menangis mengalir air mata mahu luahkan
Tapi tiada kata-kata?
Rasa buta mata ditutupi airmata bagai tembok yang
Dipenuhikan batu-bata
Jangan takut, lagu ini bakal jadi ubat agar hatimu
Gembira dan berasa sihat
Ini nasihat dalam lagu tiada tersirat dengar dan
Rehatkan hatimu yang sudah penat
Jaga-jaga hati berubah dalam masa singkat
Iblis dulu pun pernah jadi ketua Malaikat
Lihatlah, bukan kau seorang yang bersedih
Dunia penuh dengan sakit perit juga pedih
Ada yang menangis kerana dia disisih
Ada yang merayu mahu minum air bersih
Tapi masih tiada yang fasih bahasa dunia
Biarkan jiwa mati reput macam mumia
Tu dia, jawapan ada didepan mata mengadu pada Dia
Bukan pada manusia
Sia-sia, jika kau sedih kerana dunia sisa-sisa hidup
Dipenuhi tangis tak bermakna
Jadi cakna dan jagalah diri kamu sendiri, cuba belajar
Bangun dan teruskanlah berdiri
Diri kamu adalah teman baik dan tetamu
Hormatilah diri kerana kamu hanya satu
Kamu istimewa ucapkanlahnya dibibirmu
"Aku istimewa sampailah ke hujung waktu"
Kamu kacak kamu cantik kamu Raja kamu Ratu
Bukan dua bukan tiga bukan empat hanya satu
Senyumlah, tapi jangan senyum palsu
Senyumlah, selagi engkau masih mampu
Macam lampu, menerangi kamu dalam gelap walau
Dalam cerah kau masih boleh terlelap
Terapkan, kasih sayang didalam hati Serapkan kerana
Kasih sayang takkan basi
Makan nasi, alamak sudah jadi bubur sakit gusi tapi tak
Sesakit dalam kubur
Jangan takbur, fahami ini punya puisi jika belum habis
Dengar jangan cuba tafsir isi

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists