INSTRUMENTAL Wahai Allah... Wahai zat yang Maha Agung kemuliaannNya dan sentiasa memiliki ketinggian wahai Penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan dan Pencipta arasy Mu yang agong wahai yang memiliki sifat yang sempurna dan yang menunaikan segala permintaan Jika Kau mengkehendaki maka dengan sekelip mata pun Kau boleh mendatangkan taufan yang mana lautan pun malu melihatnya dan jika Kau mengkehendaki seluruh makhluk ini Kau boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar zarah dengan ucapan "KUN" sesuatu yang tiada Dikau boleh wujudkan bagiMu tiada suatu pun pekerjaan yang sukar Ya Allah... wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami dengan kesempurnaan keampunanMu dan lautan kemaafanMu Ya Allah... kurniakanlah kepada kami pakaian zuhud dan taqwa mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah dengan bersih dan nyata jadikanlah maksud kehidupan kami untuk meninggikan dan mengharumkan agama Muhammad SAW jadikanlah kami sebagai mentari ilmu dan Kau jadikanlah amalan-amalan dan kebaikan kami sempurna yakni menjadi sumber hidayah kepada kami dan orang-orang ynag bertakwa juga akan memilih jalan amalan soleh demi sinar kecemerlangan dan jadikanlah kami seumpama mata air yang mengairi Taman Islam di musim gugur sehingga ke hari kiamat wahai Tuhan semesta alam dalam kehidupan yang sesingkat ini ambillah kerja-kerja dari kami perkara yang perlu dikerjakan di sini dan peliharakanlah kami Ya Allah... dari perkara-perkara yang tidak perlu dikerjakan disini bagi hari-hari kehidupan kami yang mana kami telah melaluinya dengan lalai dan leka jadikan sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya wahai Allah... kurniakanalah kami dengan kecintaan terhadap iman dan hiaskanlah ia di dalam hati kami
campakkanlah rasa takut dalam hati kamu terhadap kekufuran Ya Allah... terhadap dosa dan terhadap durhaka ♪ dan jadikanlah kami orang-orang yang memperoleh hidayah dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah... supaya ketika waktu kami mati dan di dalam kubur dan di hari kiamat annti kami bersukacita dan gembira dan jannatul firdaus menjadi tempat kami Ya Allah... Wahai Allah... jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal ayang mana di hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun tidak akan dapat meruntuhkannya dan ianya menjadi pukulan bagi menghapuskan segala bidaah Ya Allah... dan ambillah dari kami sebarang khidmat untuk membantu agama Muhammad SAW yang akan menjadi sedekah yg berterusan dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah... wahai Allah... daku bukanlah ahli jannatul firdausMu dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakaMu Ya Allah... dan berikanlah aku taufik untuk bertaubat dan ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah... Ampunkanlah Ya Allah... Ampunkanlah Ya Allah... kerana sesungguhnya Dikau adalah Pengampun segala dosa-dosa yang besar Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...