Dan aku sendiri lagi Bersarang dalam kamar gelap ini Terus memaki diri, fobia dengan realiti Sampai bila mahu begini? Aku perlu berdiri di atas kaki Dan mulakan intradiri Aku tenung ke dalam mataku Berteriak-pesan kepada aku "Hey, budak! Kau akan okay" Ingat korus ini Walau apa terjadi didunia ini Aku akan okay, aku akan okay Selagi aku ada dirimu, aku tahu Aku akan okay, aku akan okay Masih aku ingat pesan Ash "Memang kita buat salah" "Tapi jangan pernah salahkan diri kita" Dan Pujangga merah bermadah "Saya teringin tengok awak sayang awak" "Macam awak sayang saya" Memang hidup kadang dan selalu sukar Terkoyak semua, dicerai bakar Tidak, ini bukan satu rungutan, cuma sealun ingatan Cuba dan cuba teruskan hidup yang terselit indahan Dan aku tak dikurnia senang dan harta Namun masih diselimut suaman cinta Daripada sejumlah adiwira manusia Dan Sang Pencipta, Pemberi Asa Teruskan saja dan jalan lagi Ingat korus ini Walau apa terjadi didunia ini Aku akan okay, aku akan okay Selagi aku ada dirimu, aku tahu Aku akan okay, aku akan okay Dalam peti surat depan rumah ada sekeping surat Untuk aku daripada aku, katanya "Wahai cinta, wahai sayang" "Jangan pernah lagi kau hilang" "Aku ada, Tuhan ada, mereka ada" "Buat hari kau terang" "Yang lalu jangan kau kenang" "Yang kelak jangan kau bimbang" "Hiduplah dalam sekarang" "Tulis hikayat hidupmu dengan tenang dan senang" ♪ Cuba hidup sebelum ku mati (aku akan okay) Merangkak kalau tak dapat lari (aku akan okay) Walau apa pun yang kan terjadi (aku akan okay) Aku tahu, aku akan okay (aku akan okay) Cuba hidup sebelum ku mati (aku akan okay) Merangkak kalau tak dapat lari (aku akan okay) Walau apa pun yang kan terjadi (aku akan okay) Aku tahu, aku akan okay (aku akan okay)