Kishore Kumar Hits

Ramli Sarip - Tangan-Tangan Amal lyrics

Artist: Ramli Sarip

album: Syair Timur

Dalam berjuta cipta, engkau pilihan
Dari pancaran hina lalu dimulia
Semuanya kerana dia, kepada dia, huu

Ooh

Bukankah telah datang padamu
Pembawa pesan?
Bukankah telah datang bertamu
Sabda dan kalam?
Ke mana hilang belai kasihmu?
Hati hambamu, ke mana menghilang?
Tidakkah kau melihat tangisnya
Bagai tangismu?
Tidakkah kau merasa dukanya
Bagai dukamu?
Hulurkan tangan-tangan amalmu
Kerna dirinya adalah dirimu
Hulurkanlah bantuan
Carilah kebaktian
Berilah amalmu sepenuh keikhlasan
Tidakkah kau mendengar berita
Tentang janjinya?
Sebutir benih yang disemai dilipat ganda
Usah kau gusar menjadi papa
Kerana beramal, ooh
Hati yang kikir bagaikan padi
Tidak berisi, ooh, ooh

Pandang, dengar, gerak, rasa, fikir, kata
Semua dia
Tua, muda, anak kecil, remaja, raja, hamba
Rasa mati
Harta, kereta, gedung, istana, segala dicinta
Bakal ditinggalkan, eh
Pandang, dengar, gerak, rasa, fikir, kata
Semua dia
Tua, muda, anak kecil, remaja, raja, hamba
Rasa mati
Harta, kereta, gedung, istana, segala dicinta
Bakal ditinggalkan
Pandang, dengar, gerak, rasa, fikir, kata
Semua dia
Tua, muda, anak kecil, remaja, raja, hamba

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists