Kishore Kumar Hits

Ramli Sarip - Untuk Generasiku lyrics

Artist: Ramli Sarip

album: Rentak Hidup


Andaiku kau ingin menangis
Apa yang hendak ditangiskan
Begitupun airmatamu, berdarah
Telah kering peluh di tubuh
Pakaian telah kian lusuh
Daun usia makin luruh, kebumi
Gugur daun menjadi baja
Gugur kita tak siapa hirau
Kita bukan golongan elit, di kota
Orang tengah menghisap darah kita
Hanya lintah darat berkuku besi
Kais pagi makan esok hari
Kau dihimpit amalan korupsi
Kau menumpang di bumi sendiri
Apa nasib generasiku nanti
Hendak mengadu pada siapa
Bicara kita tiada harga
Mereka menciptakan kasta, berbeza
Dari mana datangnya lintah itu
Kerana harta dikau diperhamba
Kais pagi makan esok hari
Kau dihimpit amalan korupsi
Kau menumpang di bumi sendiri
Apa nasib generasiku
Apa nasib generasiku
Ku turut kata menjadi kota
Tapi kata menjadi dusta
Yang kaya terus mengumpul harta
Hujung tanjung apa khabarnya
Andaiku kau ingin menangis
Apa yang hendak ditangiskan
Begitupun airmatamu, berdarah
Gugur daun menjadi baja
Gugur kita tak siapa hirau
Kita bukan golongan elit, di kota
Telah kering peluh di tubuh
Pakaian telah kian lusuh
Daun usia makin luruh, kebumi

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists