Keras matamu menahan sebak Bagai ada kekesalan membolosi hati Di kiri kanan rimba berkata "Mengapakah ada sangsi sesama kita?" Aku tak tahu apa silapnya Pudar seri sang pelangi di terik mentari Engkau tak tahu rakusnya hati Bisa menjerut gemawan, gelita hati Ke mana lagi harusku memujuk Bila bumi merintih? Lepaskanlah dermaga hati Bebaskanlah rantai egois Yang membelenggu nurani Hingga bercelaru Kini kaulihat, kini kaurasa Alam menangis tiada hentinya Membanjiri gelodak di jiwamu ♪ Engkau tak tahu rakusnya hati Bisa menjerut gemawan, gelita hati Ke mana lagi harusku memujuk Bila bumi merintih, ho-woh? Lepaskanlah dermaga hati Bebaskanlah rantai egois Yang membelenggu nurani Hingga bercelaru Pandanglah satu, pandang seribu Nanti kautahu alam membisu Kerana sedih tingkahmu yang bernafsu Kini kaulihat, kini kaurasa Alam menangis tiada hentinya Membanjiri gelodak di jiwamu Pandanglah satu, pandang seribu Nanti kautahu alam membisu Kerana sedih tingkahmu yang bernafsu (Pandanglah satu, pandang seribu Nanti kautahu alam membisu Kerana sedih tingkahmu yang bernafsu) (Pandanglah satu, pandang seribu Nanti kautahu alam membisu Kerana sedih tingkahmu yang bernafsu)