Tak sudi memandang tidak mengapa Kerna kumengerti aku insan hina ♪ Tapi dengar apa kukatakan ♪ Untuk pedoman di hari muka ♪ Dulu hidupku rasakan mati ♪ Mata terbuka tapi tak berhati ♪ Kini kurasa dihidupkan kembali ♪ Walau peritnya setengah mati ♪ Baru kukenal bulan dan bintang ♪ Betapa indah dunia dipandang ♪ Baru kukenal ibu ayah adik abang ♪ Kerana dulu fikiran melayang ♪ Jalan nak kulalu masih panjang ♪ Akan kurempuh hari mendatang ♪ Kepadaku berilah perangsang ♪ Agar kejayaan dapat kujulang ♪ Manusia sepertiku usah kau hina ♪ Kelak menambah sakit di dada ♪ Selagi aku bernama manusia ♪ Tak lepas dari salah dan dosa ♪ Salah kulakukan meruntuhkan nama ♪ Kerna perbuatan mengikut rasa ♪ Namun kubersyukur pada Yang Esa ♪ Setelah mati kuhidup semula