Kishore Kumar Hits

Kopratasa - Senandung Untuk Zubaidah lyrics

Artist: Kopratasa

album: Memori Hit Kopratasa


Tiba-tiba lenaku diganggu suara
Dalam ulitan mimpi indah
Dibalut wajah keibuan, kau mengejutkan aku
Untuk turut sama
Menikmati kegelapan malam
Aku tak tahu di mana letaknya
Keindahan malam gelap pekat ini
Ku dengar suara halus manja membisik di telinga
Menyanyikan lagu rindu
Dan jemari lembut
Mengusap ubun-ubunku
Hampir melenakan aku semula
Dalam lenaku
Yang tak lena
Kau juga tak lena di sana
Kerana beberapa malam ini
Telah ku jelajahi kegelapannya
Bersama mimpi-mimpi dengan nada suara
Dalam senandung yang ku cipta
Untukmu, Zubaidah

Aku tak tahu di mana letaknya
Keindahan malam gelap pekat ini
Ku dengar suara halus manja membisik di telinga
Menyanyikan lagu rindu
Dan jemari lembut
Mengusap ubun-ubunku
Hampir melenakan aku semula
Dalam lenaku
Yang tak lena
Kau juga tak lena di sana
Kerana beberapa malam ini
Telah ku jelajahi kegelapannya
Bersama mimpi-mimpi dengan nada suara
Dalam senandung yang ku cipta
Untukmu, Zubaidah

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists