Dahulu pernah aku Membenci pada hidup ini Menyalahkan semua kerna Sejarah laluku yang amat memilukan Perpisahan yang terjadi Amat payah untuk diterima Betapa aku menghanyut Terumbang-ambing di lautan keliru Namun setelah kuredha Suratan takdir dari-Nya Kasih yang pergi menjelma semula Aku bagaikan bermimpi Di saat dikau kembali Air mata syukur mengalir di pipi Di hati masih tertanya Akan kekalkah bahagia? Namun 'ku harus percaya Ini adalah hikmah sebenarnya Di hening pagi nan indah Kita kembali bertemu Kepulangan yang tak pernah kusangka Oh, biarpun menggunung dendam Sekian lama terpendam Semuanya kini terpadam sudah Kusambut dia Sepenuh cinta Kerana aku tahu Semua ini Rahsia Ilahi Namun setelah kuredha Suratan takdir dari-Nya Kasih yang pergi menjelma semula Aku bagaikan bermimpi Di saat dikau kembali Air mata syukur mengalir di pipi Air mata syukur mengalir di pipi