Ku sangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Ku sangka jujur pancaran batin Rupanya palsu, penghias zahir Ku kira hati, jiwa nurani Suci, seindah wajah terbayang Ku kira puji seikhlas budi Ku lupa lidah tidak bertulang Di manis gula, semut binasa Kail berduri, bersalut umpan Di manis kata, insan terlena Kerana budi, hamba terkorban Inikah dia lakonan hidup Di pentas dunia, insan berpura Tipu dan daya, pencapai maksud Budi dan harta, merangkum noda Inikah dia lakonan hidup Di pentas dunia, insan berpura Tipu dan daya, pencapai maksud Budi dan harta, merangkum noda