Berjalan kaki arah titian Anak puyuh mencari makan Andainya hati sudah berkenan Usah tangguh buat lamaran Jangan mata keranjang Bila sedang berkasih Jagalah hati si dia Kalau sudah merajuk Engkau yang serba salah Apa kau buat tak kena Pohonlah pauh ditebang-tebang Di sebelah rumah Pak Anjang Di dalam tempoh sedang bertunang Berbagai cabaran mendatang Harus tabahkan hati Fitnah, usah peduli Jangan bertindak melulu Jauhkan pertengkaran Eratkan kasih sayang Bersandarkan keimanan ♪ Jangan hanya di masa bertunang Berjalan berpimpin tangan Bila sudah bersuami isteri Tak mahu jalan bersama Bungalah rampai, bunga kemuning Tambah pula harum kasturi Kalau dah sampai hari bersanding Jangan lupa mengundang kami Muga panjang usia, dapat sama raikan Untuk melihat mempelai Bersanding depan ramai, jangan tak tahan hati Bila kena sindir pesan ♪ Jangan hanya di masa bertunang Berjalan berpimpin tangan Bila sudah bersuami isteri Tak mahu jalan bersama Bungalah rampai, bunga kemuning Tambah pula harum kasturi Kalau dah sampai hari bersanding Jangan lupa mengundang kami Muga panjang usia, dapat sama raikan Untuk melihat mempelai Bersanding depan ramai, jangan tak tahan hati Bila kena sindir pesan