Wahai juita ku indah rupawan Juita ku sayang Termimpi-mimpi wajah menawan Ibaratnya sinar nan gemerlapan Menuju kalbu ke kalbu idaman Menuju kalbu ke kalbu idaman Oh kekasih ku teruna satria Sayang di sayang Terpaut aku kerana jasa Kerana budi lahir asmara Sebagai embun menimpa bunga Sebagai embun menimpa bunga Kalau juita telah sedia Asmara berpadu satu Tiada masa menentukannya Tiada manusia tahu Oh asmara ku wahai juita ku Sayang di sayang Semoga kita kekal abadi Hidup bahgia untuk keluhuranmu Ku puja-puja dengannya semadi Ku puja-puja dengannya semadi