Anak dara jangan dipeluk Jika dipeluk, patah pinggangnya Pikat gadis memang seronok Hilang seronok, timbul bencana Mati semut kerana gula Kerana semut, gula terbuang Mula pandang jangan tergila Mungkin si gadis punya orang Bukan ajar itik berenang Hanya sekadar beri panduan Pikat gadis bukanlah senang Jika dirimu tidak bersopan Kirim jangan, pesan pun jangan Samalah, sama menanggung rindu Cakap orang jangan hiraukan Usul periksa terlebih dulu Ukur baju badan sendiri Tepuklah dada, tanya selera Kata janji jangan mungkiri Jangan menyakit hati si dara Bukan ajar itik berenang Hanya sekadar beri panduan Pikat gadis bukanlah senang Jika dirimu tidak bersopan Harap-harap kepada tuan Tidaklah tuan, siapa lagi? Jika gadis sudah berkenan Hatinya tidak berbelah bagi Buang emak, buang saudara Kerana kasih aku turutkan Bila kasih sudah bermesra Usah kau tunggu, lekas pinangkan Bukan ajar itik berenang Hanya sekadar beri panduan Pikat gadis bukanlah senang Jika dirimu tidak bersopan