Wajah suci itu tidak berdosa Mengapa dia dibiar begitu saja Sedih pilu menatap rupanya Kaku terdampar di lembah hina Apa dosanya si kecil itu Belum sempat dia memanggil ibu Sampai hati engkau dizalimi Oleh mereka yang tiada simpati Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati Dimanakah nilai ehsan insani Apa dosanya si kecil itu Kerana kasih tersasar tujuan hidup Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan Buntu tiada jalan penyelesaian Lalu si anak dibuang di jalanan (Wajah suci itu tidak berdosa) Tubuh kecil itu mahu di hargai di hormati Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati Dimanakah nilai ehsan insani Apa dosanya si kecil itu Kerana kasih bisa tersasar tujuan hidup Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan Buntu tiada jalan penyelesaian Lalu si anak dibuang di jalanan Mengapa tiada simpati dan kasihan SAyu hati melihat nasib dirimu Bagai tiada nilainya di sisi Wajah sucimu telah dinodai Namun lahirnya ada nilainya Di sisi Allah engkau mulia Bagai kain putih kau tiada dosa Bertaubatlah mereka yang hina