Langit kirmizi menghantar dirimu Menuju jalan pulang Hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan Wajah berona simpati kau tatapi buat kali terakhir Sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata Hanya rindu dan doa buatmu Semoga kau tenang dan bahagia Agar syurga menjadi milikmu Bukan hanya di telapak kakimu Keredhan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya Azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu Tiada yang terindah didunia dapat mengganti hilangmu Pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku