Ibu, bergenang air mataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tidak pun kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu telah terkorban Tak dapat kubalasi Akan semua ini Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu Ibu, kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat aku harapkan Kerana disitu letak syurgaku Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang kau berikan (Ibu, dengarlah rintih hatiku) (Untukmu ibu) Ibu, kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat aku harapkan Kerana di situ letak syurgaku Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan Kasihanilah, Tuhan Ibu yang telah melahirkan diriku Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana