Maafkanlah diriku Menyebabkan hatimu kecewa Bukan aku tak sudi Menerima cintamu yang suci Lebih baik kau bersedih hari ini Daripada kau kesal kemudian nanti Mungkinkah kau dan aku Dapat hidup penuh berbahagia Andainya tiada restu Dari ayah dan juga ibumu Fikirkanlah, oh, kekasih yang kusayang Janganlah nanti aku, kau persalahkan Turutlah perintah Ayah dan ibumu, sayang Terimalah dia Gadis yang bertuah itu Sebagai teman hidup yang tercinta Jangan kerana aku Engkau pula menanggung derita Apalah kau harapkan Insan malang sepertiku ini Yang dihina dan dibenci keluargamu Membuat aku sedar siapa diriku