Maaflah jika aku kurang fasih Bertutur bahasa Mat Salleh Mungkin lidah ku kelu Mungkin bibir ku kaku Sebab tak biasa makan keju Mungkin tingkah ku ini aneh Mungkin kerana aku ini masih Lagi kuat bertaut bagi akar berpaut Dengan adat resam lama ku Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manis Aku Melayu di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Seringkali aku terkenang Pemandangan kampung halaman Di mana waktu petang duduk sembang-sembang Minum teh tarik makan goreng pisang Aduh, gadis bermata biru Kulit mu seputih salju Apakah maksud mu dengan senyuman itu Alahai, jangan cuba goda aku Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manis Aku Melayu di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku Melayu di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aduhai, ayah dan ibu Aku sentiasa merindu Dan aku yakin suatu hari nanti Kita akan bersua lagi Wahai, buah hati jantungku Apakah kau masih merindu Janganlah engkau ragu setiaku padamu Aku masih suka gadis Melayu Pasu bunga berbaris-baris Disusun oleh si anak manis Aku Melayu di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku Melayu di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku Melayu di kota Inggeris Aku Melayu di kota Inggeris Melayu aku di kota Inggeris Rindukan petai dan sambal tumis Aku Melayu di kota Inggeris