Kalau dah pipit tu mengaku pipit Jangan mimpi terbang sebelah helang Kalau tuan kebolehannya sikit Jangan acah-acah kita tak pandang Kitalah yang terbaik dari ladang Kitalah yang terbaik dari ladang Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Lagu baru nombor satu sedang berkumandang Lagu dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Yang terbaik dari ladang sedang berkumandang Kabare Nusantara? Saya sambung bicara Otak masih geliga macam ada lipan jaga Cemburu masih kamu, yang dengki juga kamu Tapi yang terbaik dari ladang tentulah aku Asap warna ungu, dah lama tak kelabu Si luncai dah lama tinggalkan dia punya labu Aku renang ke hulu, berakit ke tepian Aku senang dulu dan kemudian Garuda kawan harimau di hutan Seberang tambak singa dah mengaum Sebelum biskut saya kehabisan Saya kata chill, relax dan assalamualaikum Assalamualaikum semua, tak jawab dosa Ariz kembali bersendaloka dan berprosa Ramai yang cemburu, dengki, ada yang meradang Kerna dialah yang semestinya terbaik dari ladang Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Lagu baru nombor satu sedang berkumandang Lagu dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Yang terbaik dari ladang sedang berkumandang Ada yang mencari, ada yang bertanya Mahu berjaya bagaimana caranya? Ada pula ragu, ada buruk sangka Kata kupakai pelaris dan bela saka Aku dah lalu semua dari mula Kadang pahit, kadang manis macam gula Jangan bebal cari guru, cari buku Dunia dah ramai yang tiga suku Tinggi-tinggi, tinggi si pohon ara Tinggi lagi kepul asap api Tepuk dada tanyalah selera Kalau-kalau masih belum puas hati Kalau dah pipit tu mengaku pipit Jangan mimpi terbang sebelah helang Kalau tuan kebolehannya sikit Jangan acah-acah kita tak pandang Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Lagu baru nombor satu sedang berkumandang Lagu dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Yang terbaik dari ladang sedang berkumandang Jangan main kasar, ku lima yang terbaik Aku cakap besar tatabahasa Malique Tapi tak nak jahat nanti karma pusing balik Nanti jadi macam Chin Peng kau tak boleh balik Meja dah terbalik, penuhkan lantai kosong Sila goyang, enjut dan lompat macam pocong Laki jangan keras, chikaro pekik terlolong Kalau yang lain keras, sorry tak dapat tolong Kalau kail tuan panjangnya sejangkal Janganlah laut dalam hendak diduga Kalaulah tuan otaknya berakal Hamba kan menanti kalau nak menduga Kita tak ke mana kalau mereka nak menduga Tapi janganlah pula keldai yang ajak kuda berlumba, hah Mereka masih cemburu dan dengki dan meradang Kerna kitalah yang sentiasa terbaik dari ladang Yang terbaik dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Lagu baru nombor satu sedang berkumandang Lagu dari ladang sudah datang-datang Sedap bukan main bukan calang-calang Buka selera telinga pasang-pasang Yang terbaik dari ladang sedang berkumandang