Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Yeah, sejak dua menjak ini, makin kerap ku diganggu visi Bila celik juga bila mimpi Aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau ia kan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah di jangka Beberapa purnama dulu cinta bertakhta Kenangan di bina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah Rahsia ini, telah lama aku pendamkan Tiba masanya, segala-galanya kuceritakan Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali Tiba masanya, kau cari teman pengganti Kau dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas di tindas sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks Bila dunia seolah tak memahami Kau sudi selami, dalami dan mengalami Setia mendengar, sentiasa hadir Ingat setiap ulang tahun setiap hari lahir Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 70 ribu hijab, harus ku singkap Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap Dalam diam ada seorang yang ku puja Kau teristimewa tapi dia yang sempurna Dia yang sempurna, dia yang sempurna Rahsia ini, telah lama aku pendamkan Tiba masanya, segala-galanya kuceritakan Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali Tiba masanya, kau cari teman pengganti, yeah Yeah, sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan Dalam persekitaran yang penuh kejumudan Terperangkap dalam jasad ku keliru Mujur ada kau si peneutralisasi pilu Namun aku tetap murung, berkurung Tubuh makin susut menunggu tarikh luput Komplikasi di halaman rusuk kiri Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri Lagu ini yang terakhir aku sajikan Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan Jaga diri, jangan makan hati Yang patahkan tumbuh yang hilangkan berganti Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi Cincin, kunci, dompet dalam laci Ada sikit wang itu saja baki Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti Aku kan pergi, bertemu kekasih abadi Tiba masanya, kau cari teman pengganti