Berdiri, menghadap berpijak di bumi Mengakari di tanah tapak berdaun berbunga Membenih bumi nantikan mati Putaran berulang Hidup, mati, hidup lagi Berganjak mungkin seakan siput Perlahan berhaluan Tinggal kesan, pesan ditinggal Yang lain mungkin tegak mengikut Atas dasar hanya terikut Dapat mendongak dan berdiri tegak Dapat kau imbang fikiran yang songsang Lalu mengadu dan tunduk mengadu Terlintas terimbas hidup dilingkar dosa Mengutip pahala silap tafsir Cebis pahala sahaja Kekalkan nurani hati Jangan diturut kanun gila dunia Yang dicipta si tamak Yang cantik luaran, buruk di dalam Terus tegak hujung nyawa Dapat mendongak dan berdiri tegak Dapat kau imbang fikiran yang songsang Lalu mengadu dan tunduk mengadu Terlintas terimbas hidup dilingkar dosa Mengutip pahala silap tafsir Cebis pahala dilingkar dosa Mengutip pahala Silap tafsir Cebis pahala sahaja