Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang Dapat melihat sesuatu gerak langkah Sesuatu perbuatan atau cadangan Yang hendak dijalankan di tanah ini Langkah-langkah dan perbuatan Yang mendatangkan Kebimbangan kepada diri saya sendiri Saya dapat peluang itu Oleh kerana dapat melihat tempat-tempat Yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang Melihat gerak langkah Dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkan Ke atas tanah ini Malang mulut saya tertutup Malang saya berkata mulut saya ini tertutup Tidak dapat menzahirkan Kepada kamu apa yang diketahui oleh saya Dalam masa menyempurnakan Perkerjaan-pekerjaan dan tangungan saya itu Kita berkehendak supaya tanah Ini terselamat dan kuat Dan hanyalah boleh jika kita bersatu padu Marilah kita tunjukkan kepada dunia itu Roh dan semangat datuk nenek kita Itu masih ada lagi dengan kita Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh Mengangkat kepala kita Dan menatap dunia Bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benar Keturunan datuk nenek kita Yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati Itulah pesanan saya Inilah kalinya yang akhir sekali Saya bangun bercakap Dihadapan wakil wakil majlis ini sebagai Presiden Perkataan itu saya tidak mengubahnya Dengan ucapan ini maka saya tamatkan Perkerjaan saya Tapi untukmu ku tetap berjuang Untukmu semangat ini tidak akan hilang Untukmu Takbir cinta Ku beri Memberinya lebih makna Pada janji ku di dalam doa cinta Ku mengalih membangkitnya dari lena Pada janji ku di dalam doa Ku memanggil menaruh noktahnya