Hayati suara bayu yang memanggil namamu sopan Serahlah ragamu kepada ujian cinta yang agung Cinta menempa sekalian umat lahir perkasa Dan serahkan kudusmu kepada arah ilham pertiwi Hamparan saujana pelukan aroma tanih nan tua Rehatlah sifarkan fikrah kota prejudis semalam Kerana tubuhmu telah kontang Menagih rindu yang tak terbalas ... Tarikan segala kesal hidupmu Moga mencapai puncak idaman Imani dirimu berisi harga Berbaiklah kamu dan jagat Selamat wahai semua insan Batas hidup ini rahsia Cinta adalah permulaan Dan cinta waima pengakhirannya Selami sanubari rapuhmu Dan di sini kau akan mengenal Untuk sebuah rasa yang permai Gelap hanya citra lamunanmu