Kishore Kumar Hits

Viona - Raksasa lyrics

Artist: Viona

album: D.I.V.O.R.C.E.


Terkedu jantungku pabila tahu
Hatimu yang sudah lama layu
Terkesima dalam duka
Mengapa disimpan bisu
Kata-katamu, selembut baldu
Kini menjadi serpihan kaca
Berkecaian
Adakah ini angan-angan
Terguris hati yang fikir kita di awangan
Tapi tak ku fikir perit yang mencarik jati dalam
Perlahan menjadi lembaga puaka yang menerpa
Setiap siang yang sudahpun ditemani derita
Kerana tiada khabar berita yang menyapa telingaku
Yang laju hanya lidahku mencungkil ini dan itu
Hingga bersepai mulus
Segala yang ditimbus
Salah khilaf menjadi batu api pada
Kata-kata yang, lama melayang
Dalam kepala namun tak terungkap jua kerana
Raksasa yang masih bertakhta
Madu jadi hempedu
Pabila diperam lama begitu
Dulu peribadimu menghiasi
Suram hari-hariku
Namun dalam diam ku tahu
Jiwa tenangmu terganggu
Tak pula terlintas di mindaku
Bahawa puncanya itu aku
Tiap gerak gerimu
Makin hari makin kaku
Setiap detik waktu
Dibelenggu
Bimbang terpijak paku
Yang ditabur
Dengan kata
Kata yang, lama melayang
Dalam kepala namun tak terungkap jua kerana
Raksasa yang masih bertakhta
Kedu jantungku pabila tahu
Hatimu yang sudah lama layu
Terkesima dalam duka
Tak lagi disimpan bisu
Kata- kata yang, sudah terbentang
Lalu terlerai kisah kasih yang ditatang kerana
Rasa sayang masih bertakhta

Поcмотреть все песни артиста

Other albums by the artist

Similar artists