Biarkan mereka tinggalkan kita Kerana ku tahu ku ada engkau sentiasa Beban di bahuku tidak terasa Pabila ku tahu kau di sisiku ke hujung masa ♪ Oh, ada masanya lukaku bisa Membuatkanku lupa yang kau juga turut sakit Maafkan diriku, aku manusia Hanyalah hamba lemah dipenuhi memori pahit Yang sakit lupakan Kita bangkit, berlawan Aku tinggalkan Segalanya di dunia Agar engkau kan Selamanya bahagia Tiba satu masa Ku mungkin tiada Kan kuukirkanmu Kan kuukirkanmu Syahadat cinta, oh-oh-oh Syahadat cinta, hu-uh-uh Syahadat cinta